SELAMAT DATANG KE RUBY SHAZIRA NOVELIS

Salam sejahtera..... Semoga diri kalian pembaca dapat merasakan romantiknya cerita-cerita novel yang di tuliskan oleh saya.

Sekira ada kesilapan perkataan atau terjemahan. Harap memaafkan saya.

Yang baik itu datang dari Allah yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. Wasalam.

Selamat membaca novel-novel ku.



Kasih Di Ufuk Senja

Mengisah Nor Dania melancung ke Indonesia. Dia melawat bersama rakan-rakan sekerja seramai 10 orang berkumpulan. Berjalan di Kota Padang dan Bukit Tinggi.. Asyik dengan keasyikan panorama di daerah itu. Dia tertinggal dari pandangan mata rakan-rakannya. Dania gabra bagaimana harus pulang dari tempat penginapannya. Dia takut dengan keadaan di situ. Dah lah baru sekali dia melancung di daerah itu.
Nasib baik ada seorang lelaki warga Indonesia yang perihatin padanya. Menghantarnya pulang ke penginapannya. Bukannya berakhir di situ saja, lelaki itu mula mencari jalan mendekatinya. Dia terlalu gembira sangkanya Heryanto sebagai teman di sana. Bila dia kembali ke Malaysia dia tidak menyangka rupa-rupanya Heryanto telah menghantarkan photonya yang di ambil secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Dania.
Mulanya hanya sms tapi dalam senyap Heryanto ingin datang ke Malaysia untuk bekerja. Dia tidak sabar menemui cintanya yang mula berputik pada Dania gadis melayu itu.
Sanggup berkorban untuk mendapatkan Dania. Dania tidak menyangka rupanya sangkaannya sekadar berkawan itu telah memberikan tamparan hebat padanya. Barulah dia ketahui Heryanto telah menaruh perasaan padanya semasa di negaranya. Dania serba salah. Dia hanya menganggap Heryanto sebagai kawan bukannya sebagai teman lelaki. Konflik dirinya yang terasa sukar untuk menyelesaikan masalahnya bila Heryanto telah sampai ke Malaysia untuk menagih kasihnya. Dania keliru dan cemas. Apa yang harus di lakukan pada lelaki itu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

BUKU NOVEL YANG ROMANTIKA

Assallamualaikum pada semua peminat KAKI BUKU
Di jemput semua teman-teman tak kira bangsa atau agama menghayati setiap novel yang akan saya titipkan di dalam laman blog saya